Wednesday 14 January 2015

new semester and last semester !

assalamua'alaikum ...

semua sihat? ida pun sihat, alhamdulillah :)

entry ni just nak story sikit-sikit je pasal ida sendiri lahh.. hurmm, ida kan dah masuk semester baru dan ini semester terakhir kat unisel ni. bulan 5 or 6 ida dah nak prakticum kat tadika ! *wish me luck*
agak nervous jugak lahh..but it's okay slow slow je nanti.

okay, ida balik rumah sewa ahad lepas, untuk info la kan ida tak duduk hostel tau. haaa! ramai tanye kenapa kan, so ida nak cakap nak save duit je. tapi sesuka hati diorang je nak mewajibkan student duduk dalam hostel, dah la tak boleh nak masak! ishh! bagi je lah sesiapa yang nak duduk luar dari hostel kan. takde masalah pun, pandai-pandai lah kitorg nak survive ..

malas lah nak dijadikan isu, ida duduk lah kampung, belakang unisel. dekat je jalan kaki dah sampai fakulti. heheheh. nampak tak kat situ kami happy :)

keesokan harinya, pergi lah fakulti sebab malam tu jadual dah keluar dan name lecturer dan juga bilik kuliah mana nak masuk nanti. baru je nak enjoy kejap duduk rumah, membuta ke ape ke kan?! tengok kene pergi kelas . budak mula sekolah kami pun mula kelas :) *excited sangat*

first kelas dah selfie wefie habis tau, berapa kerat je yang sampai kelas tu. so kalau nak briefing pasal assignment subjek biarlah semua orang ada dalam kelas, takde lah nak ulang every week dalam kelas kan.. bila tiba hari selase, dah get ready jalan sampai fakulti , tak sampai masuk kelas pun membe kelas tegur, "kelas cancel"! yeayyy!!! geram aku! hahahah.. perkara biasa bila dah sampai kelas , membe bagitahu KELAS CANCEL! kata-kata keramat tu untuk student ~

hahahaha, dah tengah geram sebab jalan kaki tengah-tengah panas. lepak lah dalam kelas yang ade aircond. wifi kat unisel nih dah banyak open pulak tu boleh connect , kitorg pun online lah smpai petang pastu balik lah .. siap tengok youtube tu yang tak boleh tahan ! sorang tengok cerita hantu indon, yang ida tengok The Return Of Superman ep57 . itu pun tak habis tengok, asyik loading je. hebatlah tu..

meh ida bagi sikit jadual untuk semester ni:
(Time Table Kohort 19 Sem 7)

Isnin
Muzik - BK19
11 pagi-12 tengah hari
En.Helmi

Children Literature- BK10
2.30 petang-4.30 petang
Miss Farhana

Selase
Pedagogi- BK22
2 petang-5petang
En.Rani

Khamis
Micro Teaching-BK22
3 petang-5 petang
En.Rani

Jumaat
Pengurusan Pendidikan Khas-BK18
9 pagi-11 tengah hari
Miss Husna

semester ni azam ida akan kekalkan pointer yang dah sedia okay kedudukan nya :) *DL*

alhamdulillah..result sem lepas betul-betul tak sangka, even mama and ayah pun terkejut! itu semua usaha ida selama harini. memang nampak ida ni macam main-main je kalau bab belajar .tapi ida tak pernah hampakan mama dan ayah !

itu je ida nak share story .. ida bagi share gambar sikit :)




gambar waktu kelas pertama :)

   
selfie lebih macam abe :)

gambar waktu kelas cancel :)


babaii uoollss ~
*muahh cikedd*
#SoNZ #Lovers 




No comments:

Post a Comment