Saturday 14 March 2015

I Don't Have Cuti Anymore!

assalamua'alaikum . . .

sorry la busy sikit lah dengan kerja projek luar untuk sem ni. maklum lah dah last semester ni jadi bertimbun pulak kerja jadinya . hihihi . so apa je story kali ni??
well, takda lah story apa pun . cuma nak share sikit ni ..

minggu lepas ida balik bangi sebab adik kecik masuk sepital kene demam denggi . al kisah nye bermula pagi sabtu yang hening ..

ida kalau nak balik bangi ni kira senang sikit je lah tapi tu lahh ade je benda yg nak jadi kadang2 tu bila kita nak balik cepat kannn.. ida call teksi amek kat rumah, teksi sampai dalam jam 9 lebih . then, the teksi stop me at bus stop bb. punya tunggu bas dengan kesabaran , ade bas yang masuk tapi driver pulak entah kemane. sabar lagi .. sekali tengok jam dah nak dekat jam 11 . dah naik panas pulak hati kita nihh!!

dua jam aku tunggu kat bus stop tu je semate nak balik ke bangi tauu. nampak macam nokharom! driver bas tu boleh breakfast dulu .. agak2 laaa, ni macam tak bersalah pulak start enjin bas pastu suruh orang naik.. aku ni dah la sampai bangi pun naik teksi lagi. haduiii... dah naik bas , bas pulak bawak slow macam nak gi makan angin aku rase , siap tertido bangun banyak kali rase nya.. duduk dalam bas dah nak satu jam , sampai ktm sungai buloh jam 12. tak membuang masa ke name nye kalau macam ni, aku ni gigih nak balik bangi tengok adik sakit. orang sekeliling ni buat selamba badak je!! geram tau!

aku rase macam nak bakar je bus stop bb tu! puiihh!

tu je lah nak cerita kot, yelaa.. weekends je dapat balik bangi kalau ade kelapangan, cuti panjang dah takdok.. sedihh weii,, kan nak final exam dah :'(

daaa...
*Muuahh ciked!*
#SoNZ #LJS #Swifties #lovers

Wednesday 14 January 2015

new semester and last semester !

assalamua'alaikum ...

semua sihat? ida pun sihat, alhamdulillah :)

entry ni just nak story sikit-sikit je pasal ida sendiri lahh.. hurmm, ida kan dah masuk semester baru dan ini semester terakhir kat unisel ni. bulan 5 or 6 ida dah nak prakticum kat tadika ! *wish me luck*
agak nervous jugak lahh..but it's okay slow slow je nanti.

okay, ida balik rumah sewa ahad lepas, untuk info la kan ida tak duduk hostel tau. haaa! ramai tanye kenapa kan, so ida nak cakap nak save duit je. tapi sesuka hati diorang je nak mewajibkan student duduk dalam hostel, dah la tak boleh nak masak! ishh! bagi je lah sesiapa yang nak duduk luar dari hostel kan. takde masalah pun, pandai-pandai lah kitorg nak survive ..

malas lah nak dijadikan isu, ida duduk lah kampung, belakang unisel. dekat je jalan kaki dah sampai fakulti. heheheh. nampak tak kat situ kami happy :)

keesokan harinya, pergi lah fakulti sebab malam tu jadual dah keluar dan name lecturer dan juga bilik kuliah mana nak masuk nanti. baru je nak enjoy kejap duduk rumah, membuta ke ape ke kan?! tengok kene pergi kelas . budak mula sekolah kami pun mula kelas :) *excited sangat*

first kelas dah selfie wefie habis tau, berapa kerat je yang sampai kelas tu. so kalau nak briefing pasal assignment subjek biarlah semua orang ada dalam kelas, takde lah nak ulang every week dalam kelas kan.. bila tiba hari selase, dah get ready jalan sampai fakulti , tak sampai masuk kelas pun membe kelas tegur, "kelas cancel"! yeayyy!!! geram aku! hahahah.. perkara biasa bila dah sampai kelas , membe bagitahu KELAS CANCEL! kata-kata keramat tu untuk student ~

hahahaha, dah tengah geram sebab jalan kaki tengah-tengah panas. lepak lah dalam kelas yang ade aircond. wifi kat unisel nih dah banyak open pulak tu boleh connect , kitorg pun online lah smpai petang pastu balik lah .. siap tengok youtube tu yang tak boleh tahan ! sorang tengok cerita hantu indon, yang ida tengok The Return Of Superman ep57 . itu pun tak habis tengok, asyik loading je. hebatlah tu..

meh ida bagi sikit jadual untuk semester ni:
(Time Table Kohort 19 Sem 7)

Isnin
Muzik - BK19
11 pagi-12 tengah hari
En.Helmi

Children Literature- BK10
2.30 petang-4.30 petang
Miss Farhana

Selase
Pedagogi- BK22
2 petang-5petang
En.Rani

Khamis
Micro Teaching-BK22
3 petang-5 petang
En.Rani

Jumaat
Pengurusan Pendidikan Khas-BK18
9 pagi-11 tengah hari
Miss Husna

semester ni azam ida akan kekalkan pointer yang dah sedia okay kedudukan nya :) *DL*

alhamdulillah..result sem lepas betul-betul tak sangka, even mama and ayah pun terkejut! itu semua usaha ida selama harini. memang nampak ida ni macam main-main je kalau bab belajar .tapi ida tak pernah hampakan mama dan ayah !

itu je ida nak share story .. ida bagi share gambar sikit :)




gambar waktu kelas pertama :)

   
selfie lebih macam abe :)

gambar waktu kelas cancel :)


babaii uoollss ~
*muahh cikedd*
#SoNZ #Lovers 




Friday 9 January 2015

face of joy :) #abe #NZ

assalamua'alaikum semua . . . .

terasa nak buat entry ni sebab hati rasa lega bila dapat tahu abe dah keluar hospital baru-baru ni .. alhamdulillah , semua berjalan dengan lancar . orang kata perancangan Allah tu memang tak salah lagi , mesti ada hikmah disebalik apa yang terjadi dekat abe. yelaahh.. sebab ida pernah lalui saat-saat yang mendebarkan, gelisah, tak tentu arah , risau and everything lah . u know what my point right? hahaha.. tak bagi hint langsung kan. okay, ida pernah masuk wad almost 4 days before raya. disebabkan DENGGI . itu tahun lepas punya cerita tapi saja nak share pengalaman pahit 2014 !!

maksud nya , Allah tu nak bagi kita rehat secara fizikal ,mental dan rohani kita . jadi, kat sini ida nak cakap kalau ida memang tak sempat nak visit abe kat HKL haritu ,ade hal tertentu lah . actly, dah plan dengan #SoNZ tapi banyak pulak halangan .. itu name nya takde jodoh nak visit abe . hehehe .. i'm so sorry .. hope our abe get well soon and speedy recovery . mesti abe bosan stay kat wad almost 5 days camtu lah kannn.. ramai kawan-kawan abe , family and others yang visit. macam macam gaya depa tu teman abe kat wad . hahaha.. terkejut bila dengar abe accident "patah riuk" "patah tebu" katanya! tangan kanan pulak tuh, but it's okay operation pun dah okay . nanti elok lah tu tangan nya. ida cek insta abe baru je lepas balik dari sibu tup tup sampai hospital dah .. terkejut baq hangg!

tapi semua dah lepas kan, abe pun dah boleh lepak keluar makan-makan .. tu kerja yang memang suka tak reti duduk diam. selfie wefie memanjang. #SoNZ miss him a lot! miss his voice, his jokes and advice from him . miss everything ~

setakat ni je nak ditaip dan diluahkan . hahaha . kita bagi gambar orang yang suka selfie ni tau :)

btw, ida dah nak masuk semester dah ni :( hurmm.. sedihhh .. but don't worry ida akan update entry kat belog ni tau !






selamat malam semua !
*mmuahh cikedd*

#SoNZ #Lovers #abe



Thursday 8 January 2015

have a blast new year 2015 !! page 8 of 365

assalamua'alaikum . . . .

few days tak update belog kan? well, ida busy sikit lately . dengan JPJ nye dengan babysit adik lagi.

*sigh* huh!

but it's okay. everything is fine :)

haaa.. kali ini ida nak update entry ni about new year 2015 . today is page 8 out of 365..
hurmmm.. hari tu before new year ida keluar dengan kawan-kawan lahh , rahim, dila and boy. kitorg memang plan nak pergi jalan-jalan kat melaka. jadi nya, 31/12/2014 jugak yg kitorg nak keluar. nak kata sambut new year tu tak lah sangat .. kitorg cume nak jalan-jalan amek udara kt melaka. makan ais krim banyak-banyak! heheheh :)

tak nak story banyak kita bagi tengok gambar je lah ye :)








New Year 2015
*muuahh ciked*

#SoNZ #lovers

Sunday 21 December 2014

assignment oh assignment !

assalamua'alaikum dan salam sejahtera . . .
Salam Satu Malaysia :)

hehehehe.. semangat hari ni cik ida tau, tak tau la kenapa kann.. okay .. ade kawan request suruh kita publish kat belogg yang tak seberapa nih la kn.. hurmm..

bercakap pasal homework, kerja sekolah , assignment ,thesis and macam-macam lagi lahh. semua tu same jeee, kerja yang diberi oleh cikgu ke pensyarah . mesti semua pernah kan tak siap kerja-kerja yang cikgu bagi?? alahh.. dah menjadi kebiasaan orang tk siap keje sekolah. alasan senang jerk, buku tertinggal, dah siap tapi hilang ada jugak smpai tak dtg sekolah sbb takut kene marah dengan cikgu pasal tak siap kerja sekolah . hehehe.. zaman tu semua dah berlalu bagi ida .....

sekarang , ida dah masuk kolej kene attend kuliah . kalau tak datang kene potong markah . haaa, dekat kolej or universiti mane2 sekali pun, semua kerja yang kita buat tu ade markah ,ape ape aktiviti pun ade markah . markah tu penting untuk sendiri. bila pensyarah nak buat kiraan markah exam, pensyarah mesti cek kedatangan hantar kerja ke tak.. all about that matters for me. kene jage POINTER tu yang mesti lah di ambil berat !!!

alhamdulillah,, setakat ni pointer ida selamat lah, harap dapat kekalkan kedudukan sampai semester last nnti .. tak sabar nak konvo tau !! :D

cerita pasal konvo belum lagi nihh.. hehehe. kita amek feeling aura konvo jerk :) back to the topic!
setiap satu subjek satu assignment diberi . ditambah kuiz setiap satu subjek. itu belum lagi kalau ade projek untuk subjek tertentu. tak bertimbun ke jadi nya assignment aku! arrghhh! assignment tu lah markah kita , projek or events yg berkaitan. nak tau kenangan palinggg palingg palingg palinggg kelakar, geram, gaduh, nmengantuk dan sebagainya.. assignment dimana setiap group kene buat satu pengajaran untuk kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk game. so, we have to create our own games for children learning. pensyarah pun bagi lah pelbagai tema. group ida amik tajuk haiwan tempatan tak silap lah .. time ni semester panjang. tapi tak ingat yg ke berapa.

punya lah susah makk aiii, nak buat game ni cheq oii, kene pakai flash bagai. pening lah kan. macam biasa mcm ida cakap dah jadi kebiasaan last minit pensyarah suruh submit . ape lagi kabut nak siapkan lah . bukan kami tak siap lgsg . tinggal edit tambah-tambah gambar , audio, grafik tu jelahh.
dalam buat-buat tu ade lah budak leopard ni lagi, menyusahkan org tak habis-habis!! aku buat draft game tu , membe bilik aku buat kat dalam laptop dia lah sbb aku buat draft plan games tu. si budak leopard ni bangang sgt agaknye senang lenang je dia dlm bilik dengar lagu, main facebook bagai! boleh keluar dengan pakwe "squidward" tu. geram betul aku rase dgn budak leopard nih! dia just masuk audio pun salah , boleh dia berlagak bloody fool ngn kitorg!

hoiii,, name pun assignment group so bwt dalam group lah yang kau sibuk copy paste org punye kerja tu pasaipa lahhh minah leopard ni! kang aku tendang jugak sampai kat hutan amazon tu baru tahu! huh.. *sigh* aku ngn membe bilik jadi tension boleh buat kitorg gaduh sesama sndri lah .. lame2 okay jugak.. yela roomate kita nk masam muka ape dapat, kalau kerja tu siap terus takpe lah .. kitorg decide pulaukan budak leopard tu, siap kan projek ni almost 8 pagi tau. tak gila ke tu?!! mana ada istilah TIDUR masa tuhh..

punya lah mata segar bugar mengedit jadah haram tu! dah siap, burn dalam cd. kami ade kelas subjek tu pukul 2 petang. ada masa nak lelap sat sebelum zohor. gila laparrrr, mengantuk, eye bag tak payah cerita lahh.. kalau nama MAHASISWA/ SISIWI ni, eye bag tak dpt nk elak weii, tu belum bab study bagai nak gila, tetiba apa yang study sikit pun tak kena dalam exam. naik marah weiii.... walaweiii!

okaylahh..mcm panjang pulak kali nihh.. yelahh kita kira #throwback la ni..

#lifecampus

*muuahhh ciked*
bye bye . . .

Thursday 18 December 2014

kejadian aneh pada bulan puasa !!!

assalamua'laikum . . .
haaa . . hari ni ida nak story kes kejadian aneh pada bulan puasa yg lepas. kepada sesiapa yang baca ni , tidak ada kene mengena dengan yang mati , tpi ade kene mengena dengan yang hidup. okay, yang pelik tu ialah tak lain tak bukan pasal makanan lahh..! ape lagi time time bulan Ramadhan nih? isu mesti pasal "Makanan" punye lah :) hahahaha!

firstly , nak story dulu seorang kawan yang dah tak jadi kawan, tapi tak jadi musuh ketat just so annoying giler dengan perangai fake dia tuh. ida cakap dengan korg2 lah kan, nak berkawan tuh memang senang . cakap "haii,,name sape? umor? asal mane?" . itu part paling senang, tapi bagi ida that part permulaan dimana kita mula meletakkan kepercayaan pada kawan baru tersebut. huh! *sigh*
bukan apa, org kata makna KAWAN , SAHABAT , KAWAN BAIK , KAWAN KARIB or anything else lah kan . . . kadang manusia ni suka salah tafsir tau, dia berkawan dengan org tuh, dia ambil kesempatan , dia buat mcm kuli, dia buat buat baik mcm tkde sekelumit dosa pun diri tuh. tapi tu lah yang sering nampak skrg . sbb tu lah terjadi nya berkumpulan , geng dan sebagainya . 

ida benci gile dengan orang yang cakap kalau ida ni berpuak! and what the hell ! aku berkawan dgn roomate aku since semester 1 dan diorang boleh buat spekulasi mcm tuh . . salah ke aku berkawan dengan orang yang aku dah letakkan kepercayaan pada kawan2 aku sendiri . . ke sebenarnya diorang tu dengki , iri hati ?? siapa tahu, rambut same hitam tapi hati lain-lain .

eh,, ni dah masuk story lain..okay okayy .. cerita time bulan puasa pulak.. orang tua tua kata bulan ramadhan ni hantu setan dah kene ikat . betul . the problem is,,,,,, toyol kene ikat tak? ahahaha..sbb ape ida cakap mcm tu? sebab ade toyol yang dah curi makanan sahur kitorg!! seramm tak?? ciri-ciri toyol ni, 1) tak tinggi 2) rambut pnjg 3) kuat makan 4) bulat-bulat . cenggitu lah ciri-ciri nyaaa..
gurau je lahh .. tapi ade persamaan lah tu sikit. macam ni cerita nya, satu hari kami ber-4 nak masak kuey tiow goreng untuk sahur. so, kami bangun sahur makan lah kuey tiow tu . tapi ade lebih ,ye laa takkan nk habis kan pulak makan sikit sikit jerr ..letak lah mknn tu kat atas meja kat dapur . dah solat subuh, then tido . itu kebiasaan lah . . . 

dalam jam 11 pagi nak ke jam 12 , antara kami ber-4 ade yang pms so dia nk smbung makan lah kuey tiow tu. TIBA-TIBA . . . . . kuey tiow tu tinggal sikit gila lahhh..dah ade yag berusik mknn tuh, padahal sahur tadi byk lebih kot. haaa.. ni yang kami naik pelik ni.. bilik sebelah kitorg ade sorg budak leopard ni, yang tak bangun bangun lagi. padahal dia selalu dalam jam 10 dah bangun . kali nih dia bangun lambat pulak .. and setahu aku dalam rumah time tu cume 2 org je yg pms . membe aku sorg dengan budak leopard tuh. tak payah pikir habis konfirm lah dia yang cekik darah makan kuey tiow tu!!! hampa membe aku sorang tu nak makan .. kuang jakk!

budak leopard tu dah bangun, boleh dia buat muka selamba badak sumbu mcm tak tahu je apa yang jadi . boleh dia pegi dapur, masak nugget bertimbun makan. sengal ubi kayu ! dah makan kuey tiow kami boleh dia lapar lagi makan nugget. kene faham habitat dia .. hihihihi .. nasib baik masa tu bulan ramadhan bulan yang mulia .. takde lah menggila nak mengamuk ke gaduh tumbuk muke budak leopard tuh! sabar itu separuh daripada iman :) 

okayy setakat tu je kita #throwback sebelum masuk tahun 2015 ..
*muuahh ciked*
bye bye . . .

Tuesday 16 December 2014

Niezam Zaidi Lovers

okay, untuk this time lah kan. . . saye nak cerita tentang "retis" kesukaan gituu .
sebelum  ni ade je yg minat "retis" lain, tpi tak lah follow perkembgn ke apa yg dia buat ke, like that lahh.. membe2 boleh ckp mcm aku ni fanatik, but i'm not super duper crazy fanatik kt satu "retis" nihh! just trying follow his life or jobs or something else. i just wanna try get into his club or else. kann?? why not right ?

pastu, aku decide nk try cari something yg boleh aku follow like , twitter, facebook, wechat and instagram.. okay i found it from one blogger nih..thanks to her sbb bgi macam2 link yg boleh follow "retis" nihh..

mula-mula , bile difikirkan balik kang ade yg cakap aku ni melebih minat "retis" ni lahh, over lahh.. huh..*sigh* lame jugak lahh pikir pikir pasal nihh . . . dah pikir masak-masak , nk try jugak :) mana lah tau kann,, dpt experience jdi fan club "retis" .. hehehe!!!! ohh, lupe nk bgtau yerk . . before that mmg dah follow insta and twitter "retis" nih long time ago lahh kan . . tpi mcm lah kita boleh communicate dgn "retis" in social network kan . . mne tahu kalu jdi fan club dia mybe berpeluang berckp kan :)

saya pun dah jumpa official page supporterofNZ #SoNZ .

everything's happening gilee!!

takpe ,  aku jadi mcm biase2 lahh takde smpai terjerit-jerit ke melalak ke sbb dpt dengar voice "retis" nihh . . hurmm . . okay lahh . saye pun penat menaip nnti korg malas nk baca pulak . .

apa apa pun we are NZ's Backbone !

                                            
                                    *this is my favourite's "retis" ( Niezam Zaidi )*

      
*muuahh ciked*
bye bye . . .